Sunday, February 9, 2014

SOTONG GORENG TEPUNG CRISPY PUNYER

tersangat la simple kekdah nak membuat nya. 
lama benor teringin nak makan.
so, ari ni masak je kat rumah.
toksah beli. meh kite tengok resepi semudah kacang goreng ini.

bahan-bahan

300g sotong - potong bulat2 mcm gegelung gitu
8 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari
garam sedikit
1 biji telur 

1 - Keringkan sotong dengan menggunakan tisu dapur. elak meletup semasa menggoreng.
2- gaul sotong dengan sedikit garam. biarkan sekejap.
3- pukul telur dan masukkan sotong tadi ke dalam telur tersebut.
4- campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kari dan garam ke dalam bekas lain. gaul sebati. tak perlu campur air.
5 - golek2 kan sotong tadi ke dalam tepung sehingga tepung menyaluti sotong.
6- last sekali goreng sotong secara deep frying sehingga kuning keemasan.
7- penutupnya jom ngap dengan nasi panass.....




selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment