Wednesday, May 18, 2016

PUDING KARAMEL AKA PUDING GULA HANGUS

Sejak berbadan dua ni macam2 nak makan.
paling suka benda hak manehhhh.
so mencari la resepi puding karamel berjuta kali setiap kali nak buat.

so ni la resepi nya.
mudah amattt wehhh.

bahan2.
karamel / gula hangus 
- 3/4 cawan gula
- air 1/2 cawan
***hagak2 nak cepat kencing maneh boleh banyakkan gula lagi.

puding
- telur 4 biji
- 1 tin susu sejat
- 1 cawan air
- 1 1/2 sudu besar gula 
- 1 sudu kecil esen vanila



CARA BUAT


1. masukkan gula 3/4 cwn dlm kuali. kacau sampai perang. guna api kecil je.


2. hagak2 dah perang cenggini masukkan air 1/2 cawan cecepat dan kacau lelaju x nak bagi gula berketul. jangan tercampak sudip sudah la.


3. gula dah lebur. tutup api. tuang dalam acuan. biarkan sejuk sendiri.



ok jom ke puding pulak.


1. panaskan susu sejat + 1 cwn air + gula 1 1/2 sudu besar. gula hancur susu dah suam tutup api. angkat taruk tepi dulu.



2. masukkan 4 biji telur kacau manja2 je. takyah tahap nak buat telur dadar pulak.



4. taruk esen vanila. 1 sudu kecil je. toksah 1 botol pulak. kang jadi ouding esen vanila plak.campur 
kendian campur susu tadi kacau bagi sebati.


5. tapis adunan ke dalam bekas lain dulu sebelum masuk ke dalam acuan.
mana yang tak hancur boleh ditapis. baru la puding licin lembut yummyyyy



6. tuang dalam acuan. kukus. akak xde pengukus besar. jadi guna pemanggang ajaib serbaguna ni.
kukus sampai puding jadi pejal. 



tarrraaaa ini la hasil setelah masak.


ini yang telah diterbalikkan. cun kan sebab dh sejukkan baru keluar peti ais.
baru sedap dinikmati.


kalau jenis x menyabar macam hakak ni.
ni la hasil nya.
hancur!!!!
ini la akibatnya tuang masa tengah panas2 lagi.





SELAMAT MENCUBA.

Friday, August 7, 2015

KUIH BAKAR PANDAN



Lama dah teringin nk makan kuih legend ni.
asal pegi pasar malam kat kampung halaman try gak cari kuih bakar ni yg dimasak cara tradisional tp dah xde.
payah nak dapat. last2 try cari resepi. senang je. huh..moh buat skang.
ini menu bulan puasa ari tu.

resepi asal MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
  3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak)..
  4. Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong..

Monday, May 4, 2015

KEK MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :


250gm mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:


1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies (saya tak guna, jadi memang susah saya nak keluarkan brownies).
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya seperti gambar di bawah. Buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.








JOM CUBA CUBA 

KEK MARBLE PANDAN MOIST




RESEPI DARI BLOG KAK AZLITA MARBLE PANDAN

KEK PANDAN MARMAR
Olahan oleh : Yatie 
Terjemahan oleh : Adnan Ibrahim CMG

Adunan di bawah untuk 1/2 daripada resepi adunan asal


125 gram mentega, cair dan sejukkan


125 gram gula kastor


125 gram tepung gandum, diayak 


4 biji telur gred A

1/2 camca besar ovallate


2 camca besar susu pekat manis


1/2 camca besar esen vanilla


1/2 camca besar coklat emulco


1 camca besar serbuk koko


1/2 camca besar pes pandan


Badam cincang untuk hiasan (optional)


Dusting powder @ gula aising untuk hiasan


Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7

 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata.
Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati.
Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk.
Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.

Sunday, April 26, 2015


resepi ayam bakar suka hati saya.



4 kepak ayam 


-1 biji bawang besar

-2 ulas bawang putih

-2 sudu sos bbq

-sedikit black pepper

-1 camca kecilcajun spice

- secubit garam

-secubit gula

-1 kiub pati ayam


*sukatan ikut suka hati. kisar ikut suka smpai sebati. 

perap selama ikut suka hati. bakar smpai rentung.
* kentang rebus ikut suka nk letak ke tak.





bakar dalam oven dengan suhu 200 selama 60 minit atau 

sehingga cukup rentung


MUFFIN TELUR ATKINS


BAHAN-BAHAN muffin telur

3 biji telur
sedikit daun bawang dan sup dicincang
1/2 biji bawang besar cincang
ayam brand tuna apa2 perisa pun boleh
secubit garam
mozarella cheeze parut

cara buat
1. pukul telur dan garam sampai sebati
2. griss kan tin bakar dengan majerin
3. tuang telur ke dalam tin bakar muffin
4. isikan daun bawang, daun sup, bawang besar dan tuna ke dalam telur td.
5. tabur cheese diatas setiap muffin
6. bakar selama 10 min dgn suhu oven 180darjah celcius atau sehingga masak.

selamat mencuba

PATTY CHICKEN DAN VEGE



hi pencinta makanan.
bahasa omputih nya food lover.
aku la tu.
nak share menu diet yg aku try masak.
rasa not bad.
aku suka.
macam biasa resepi kat sini simple sangat2. mudah untuk dicuba.
jom cikedaut bahan-bahan.

sayur-sayuran - aku guna lobak
bawang besar
cili merah dan kecil 
~~~~semua bahan diatas potong dadu / halus ~~~~



3 keping dada ayam cincang halus atau gunakan processor.
aku guna blender kering.


campur kan semua bahan tambah perasa sedikit garam dan black pepper.
nak lagi sedap boleh campurkan 1 biji telur.
tapi aku tak letak

lepas dah gaul sebati semua bahan.
bentukkan ikut suka.
bulat ke segi empat pun boleh



lepas tu boleh grill
hampir masak tabur cheese atas patty ayam tadi.



ok. its done. yummy yummy. 
boleh la makan macam tu je atau dgn salad.
cuba jangan x cuba