Tuesday, January 14, 2014

IKAN SIAKAP BAKAR ALA PORTUGIS

Teringin pulak nak makan ikan bakar.
tapi dah jemu makan ikan kembung.
so hari ni ubah selera beli siakap buat ikan bakar ala portugis.
beli yg saiz sedang je.

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap - butterfly cut
3 helai daun limau purut - hiris halus
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil dan daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras - x letak pun
4 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 batang serai 
2 inci halia


Ikan dibersihkan dan dibelah dua. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.


taburkan daun limau purut. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak. 

Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.


ikan siakap bakar sudah siap.
Boleh la dijamu dengan nasi putih panas2.
sedap sangat..




No comments:

Post a Comment